Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

156) PENYELESAIAN ISU PERUMAHAN PENDUDUK KAMPUNG BEREMBANG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penduduk Kampung Berembang sudah ditawarkan rumah di projek Berembang Indah sebagai penyelesaian kepada masalah perumahan mereka selepas rumah mereka dirobohkan . Rumah batu tersebut sepatutnya siap pada bulan Jun ,2009 yang lepas tetapi sehingga hari ini, didapati mereka masih lagi terpaksa tinggal dalam khemah ditapak bekas kampung mereka. Kenapakah rumah mereka belum siap sehingga kini ?

    Projek ini dikenali sebagai Projek Berembang Indah dan pemajunya adalah PNSB
    (Permodalan Negeri Selangor Berhad) anak Syarikat Negeri Selangor. Projek ini
    adalah di bawah pemantauan Stanco Pembangunan Setinggan dan Lembaga
    Perumahan & Hartanah Selangor. Pihak Majlis adalah bertanggungjawab
    menyediakan laporan pembangunan di tapak secara berjadual.

Lampiran

Tiada Lampiran.