Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

278) PENYELESAIAN KESESAKAN LALU LINTAS DI KAWASAN PANDAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka pendek Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas di persimpangan lampu isyarat Jalan Bunga Raya dan Jalan Bunga Mawar?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sebahagian jajaran jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Bunga Raya dan Jalan Bunga Mawar adalah melibatkan Jalan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan sebahagian lagi adalah Jalan Negeri JKR (Lampiran A). Punca utama kesesakan ini adalah disebabkan oleh halangan dibahu jalan akibat daripada sikap peniaga dan pembeli pasar pagi Taman Muda yang meletakkan kenderaan secara haram.

    Sehubungan dengan itu, berdasarkan kepada Mesyuarat Infrastruktur dan Kemudahan Awam Bil. 7/2019 yang diadakan pada 17 Julai 2019, pihak MPAJ akan mengadakan satu mesyuarat penyelarasan bersama pihak JKR Hulu Langat, Ahli Majlis dan penduduk setempat bagi mengatasi masalah ini. Antara cadangan awal adalah seperti berikut:

    1. Meninggikan bahu jalan bagi mengelakkan kenderaan diletakkan secara haram.
    2. Menguatkuasakan larangan meletakkan kenderaan dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
    • Mengadakan laluan sehala dari Jalan Bunga Mawar 4 ke Bulatan Seraya ke Jalan Teratai ½ dan balik semula ke Jalan Bunga Mawar 4.

    Lampiran A

    Nota : Pelan lokasi aduan

Lampiran

Tiada Lampiran.