Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

128) PENYELIA PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah pelantikan Penyelia Pusat Wanita Berdaya di sesetengah kawasan masih lagi belum lengkap sepenuhnya?

    Kerajaan Negeri mengambil maklum penubuhan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di setiap DUN di Selangor. Sehingga kini, sejumlah 46 buah PWB daripada 56 DUN telah ditubuhkan. Urusan pelantikan Penyelia untuk ditempatkan di PWB yang telah ditubuhkan ini juga sedang dalam tindakan pihak Kerajaan Negeri dan dijangka selesai setelah mengambilkira beberapa penambaikan kepada syor yang dicadangkan dan akan diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Lampiran

Tiada Lampiran.