Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

118) PENYELIDIKAN ADAT MELAYU DAN WARISAN SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah hasil penyelidikan ke atas seni bina masjid-masjid lama dan rumah tradisional di Selangor?

    PADAT telah melaksanakan penyelidikan ke atas seni bina masjid-masjid lama di Selangor. Masjid-masjid lama yang telah dilaksanakan penyelidikan adalah sebanyak 56 buah yang meliputi kesemua daerah di negeri Selangor.

    Penyelidikan ini telah dibukukan kan dan diterbitkan oleh PADAT. Buku tersebut bertajuk “Warisan Masjid-Masjid Lama di Selangor” yang diterbitkan pada tahun 2012.

    Bagi penyelidikan rumah-rumah tradisional pula PADAT telah melaksanakan penyelidikan bagi setiap daerah di negeri Selangor. Bagi tujuan tersebut penyelidikan ini dalam proses penerbitan dalam bentuk buku.

Lampiran

Tiada Lampiran.