PENYENGGARAAN JALAN-JALAN NEGERI PERUNTUKAN (MARRIS)
23) PENYENGGARAAN JALAN-JALAN NEGERI PERUNTUKAN (MARRIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Peruntukan Dana Sistem Data Jalan Malaysia (MRRES) yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2009 dan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan?
Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM315,627,131.00 kepada Kerajaan
Negeri pada tahun 2009 untuk tujuan pembangunan infrastruktur di Negeri Selangor
iaitu menaik taraf atau menyelenggara jalan-jalan negeri. Pemberian ini adalah bagi
menyelenggara jalan raya negeri, jalan raya bandaran, jalan pertanian, jalan kampung,
lorong belakang dan jalan kawasan perumahan murah. Jalan luar bandar merangkumi
jalan kampung dan jalan pertanian. Jumlah penerimaan bagi kedua-dua jenis jalan ini
adalah sebanyak RM34,132,795.53 iaitu RM6,224,979.40 untuk jalan kampung dan
RM27,907,780.12 untuk jalan pertanian. Pada 2010 anggaran penerimaan untuk
penyelenggaraan jalan luar bandar adalah sebanyak RM37,546,035.48.
