Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

157) PENYERAHAN DEWAN-DEWAN KEPADA PIHAK BERKUASA YANG BERKAITAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat Garis Panduan berkaitan pembinaan, penjagaan/penyeliaan dan yang berkaitan dengannya dalam PBT dan Pejabat Daerah? Sila nyatakan

    Tiada garis panduan yang khusus dalam pembinaan, penjagaan dan penyeliaan dewan -dewan yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Semua kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan adalah berpandukan kaedah yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya  dan bagi  penjadualan kerja-kerja penyelenggaraan dewan adalah di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan .

Lampiran

Tiada Lampiran.