Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

145) PENYERAHAN KAMPUNG BARU

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah mengumumkan Projek Penyejarahan Kampung Baru sebagai langkah untuk menyimpan rekod sejarah kampung-kampung tersebut agar tidak hilang. Apakah status pelaksanaan projek penyejarahan tersebut?

    1. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru telah menjalankan projek penyejarahan bagi Kampung Baru iaitu dengan mewujudkan laman web Kampung Baru, i-kgbaru.com. Portal Kampung Baru Selangor ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datao’ Menteri Besar Selangor pada 20 Oktober 2010 yang lepas. Melalui portal ini, masyarakat Kampung Baru serta rakyat di Negeri Selangor dapat mengetahui info terkini mengenai latar belakang Kampung Baru, sejarah tertubuhnya kampung tersebut, aktiviti yang berlaku di kampung, berita-berita yang bermanfaat tentang sesuatu kampung itu serta maklumat-maklumat mengenai Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).

Lampiran

Tiada Lampiran.