Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

153) PENYERAPAN GST

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kesanggupan Kerajaan Negeri untuk menyerap GST yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti yang dilaksanakan oleh Pulau Pinang, Johor dan Terengganu demi meringankan bebanan kos sara hidup dan meningkatkan kuasa beli rakyat terutama di kalangan 40% terendah.

    Setakat kini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menyerap GST yang dikenakan oleh PBT kepada rakyat. Sebaliknya, melalui Belanjawan 2017 yang bertemakan Membangun Bangsa dan Memakmur Negeri, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM247 juta khusus untuk melaksanakan program perkhidmatan masyarakat, pendidikan, memberdaya modal insan dan usahawan, pembangunan belia dan sukan serta pembangunan wanita dan keluarga.

    Selain itu bagi sektor kesihatan dan luar bandar, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM209 juta bagi pelaksanaan skim penjagaan kesihatan asas, program menangani wabak denggi dan zika, pembangunan ekonomi luar bandar serta membangun prasarana asas bagi tujuan kemudahan di desa serta menaiktaraf jalan kampung. Kerajaan Negeri juga telah menterjemahkan gagasan membangun bangsa dan memakmur negeri melalui 5 strategi iaitu:

    1. Smart Selangor Teras Kemajuan;
    2. Menjamin Perlindungan Dan Mensejahtera Rakyat;
    3. Pengupayaan Pendidikan & Latihan;
    4. Membingkai Muafakat;
    5. Memacu Industri Sukan & Pelancongan, Menyemarak Budaya & Intelektual.

Lampiran

Tiada Lampiran.