Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

96) PENYIARAN RADIO INTERNET

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah konsep dan objektif radio internet di bawah CCSB?

    Radio Web Selangor (RWS) mula diperkenalkan pada 1 Mac 2011. Tujuannya ialah untuk mempelbagaikan cara persembahan maklumat berhubung Selangor. Ia juga bertujuan mengajak penonton berinteraksi dengan stesen melalui wawancara atau temu bual menggunakan internet.

    Radio lebih banyak menyiarkan lagu dan diselang-seli dengan pengumuman atau hebahan maklumat mengenai aktiviti di Selangor.  RWS diperkenalkan sebagai satu usaha menarik minat pelayar internet untuk menjalankan aktiviti harian mereka sambil mendengar tanpa perlu sentiasa berada di hadapan komputer.

    Pada keseluruhannya tumpuan ketiga-tiga wadah CCSB (Selangorkini, TVselangor dan Radio Web Selangor) ialah – menyebarluaskan aktiviti pemimpin; aktiviti pihak berkuasa tempatan; dan institusi awam yang melaksanakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

    Kesemua ini perlukan kerjasama daripada pejabat DUN dan institusi awam yang melaksanakan program MES untuk mengimarahkan kewujudannya kepada rakyat dan dijadikan tabiat (habit forming).

Lampiran

Tiada Lampiran.