Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

276) PENYURAIAN TRAFIK DI KAWASAN BUKIT RAHMAN PUTRA DAN JALAN 1A/1 BANDAR BARU SUNGAI BULOH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat perancangan daripada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menilai semula aliran trafik yang semakin sesak di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh?

    Pihak Majlis mempunyai perancangan bagi membina Jalan Alternatif daripada Persiaran Bukit Rahman Putra ke Fasa 2, Bandar Baru Sungai Buloh Seksyen U20. Perancangan ini adalah berdasarkan permintaan penduduk Fasa 2 melalui MPP Zon 23 memandangkan jalan utama, Bandar Baru Sungai Buloh adalah satu-satunya jalan yang menghubungkan penduduk daripada Persiaran Bukit Rahman Putra ke Fasa 2, Bandar Baru Sungai

    Untuk makluman, keadaan fizikal jalan besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang lebarnya 7.3M x 3KM akan menjadi semakin sesak terutamanya ketika waktu puncak di mana kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk di kawasan sekitar memandangkan di situ terletaknya Pusat Komersial, bank, pasaraya dan gerai makan terutamanya di simpang empat antara Jalan 1A/3 dan Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh.

    Sehubungan dengan itu, pihak Majlis telah mengenalpasti untuk menyediakan satu laluan alternatif yang dapat mengurangkan kesesakan kenderaan yang melalui Jalan Besar ini ke Fasa 2, Bandar Baru Sungai Buloh. Penduduk dari perumahan Fasa 2 tidak perlu melalui Bandar Baru Sungai Buloh dan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan utama tersebut.

    Projek pembinaan jalan tersebut adalah sepanjang 1.5km dan anggaran kos bagi projek tersebut adalah sebanyak RM7,000,000.00 dan Pihak Majlis telah menyenaraikan 3 Perunding secara tawaran terhad untuk mengemukakan tawaran harga dan masih di dalam proses pemilihan .

Lampiran

Tiada Lampiran.