Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

130) PENYUSUAN CETUSAN (INDUCED LACTATION) UNTUK ANAK ANGKAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan untuk menggalakkan dan menyokong penyusuan cetusan (induced lactation) untuk anak angkat demi menjaga kemaslahatan ibu dan bayi menikmati khasiat dan kebaikan daripada penyusuan susu ibu?

    Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan Pusat Laktasi Kebangsaan (NLC) yang bertempat di Hospital Selayang semenjak dari tahun 2008 bagi membantu melaksanakan aktiviti penyusuan susu ibu di Malaysia. Salah satu daripada aktiviti penyusuan susu ibu adalah melaksanakan Latihan Cetusan Laktasi (induced lactation) khususnya kepada anggota kesihatan di seluruh Malaysia bagi membantu ibu-ibu yang memerlukan. Manakala untuk masyarakat awam sesi kaunseling berterusan secara persendirian dan kursus/ seminar secara kumpulan kepada ibu-bapa angkat yang ingin menyusukan bayinya turut diberikan berdasarkan protokol yang diadaptasi daripada The Newman-Goldfarb Protocols For Induced Lactation tahun 2000.

     

    Di samping itu, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dengan kerjasama pelbagai agensi termasuklah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah berdiskusi dalam beberapa siri bengkel telah memperkenalkan Kad Radha’ah (Kad Ibu Susuan) sebagai kad daftar ibu-anak susuan dalam negeri Selangor bagi mengelak masalah kekeliruan nasab. JAIS juga telah melantik Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sebagai Sahabat Radha’ah dalam memberi maklumat dan bimbingan mengenai penyusuan susu ibu dan kepentingan merekod aktiviti penyusuan susu ibu yang menyusukan bayi orang lain.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.