Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

105) PENYUSUTAN NILAI RINGGIT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pendapatan kerajaan negeri Selangor terkesan dengan penyusutan berterusan nilai ringgit semenjak awal tahun ini?

    Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius akan perkembangan ekonomi global dan semasa di Malaysia. Malaysia dikejutkan dengan penurunan harga minyak mentah dan penyusutan nilai ringgit ke paras terendah dalam tempoh sembilan tahun. Isu ini merupakan fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding US Dollar (USD).

     

    Secara keseluruhannya, krisis ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor selari dengan impak penyusutan harga ringgit terhadap ekonomi negara. Namun demikian, tiada kesan langsung yang diterima kepada pendapatan Kerajaan Negeri kesan penyusutan nilai ringgit memandangkan urusan dalam negeri dilaksanakan dengan Ringgit Malaysia.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.