Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

88) PERALATAN PWB

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos yang telah dikeluarkan untuk pembiayaan pembelian peralatan kepada setiap PWB? Sila nyatakan setiap DUN dan jenis peralatan

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga amat prihatin berkaitan dengan pembangunan wanita di Selangor. Dengan wujudnya pertubuhan wanita yang dikenali sebagai Pusat Khidmat Wanita (PKW) semenjak tahun 2008 dan telah dijenamakan semula menjadi Pusat Wanita Berdaya (PWB) pada tahun 2010 sehingga kini, maka perkumpulan wanita ini telah tersusun rapi dan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan memberi manfaat kepada wanita

    Bagi meningkatkan lagi kemahiran wanita dalam menghasilkan produk sama ada produk hasilan makanan atau hasilan jahitan, maka Kerajaan Negeri berbesar hati untuk memperuntukan sejumlah wang bagi pembelian peralatan untuk ditempatkan di lokasi yang bersesuaian bagi tujuan latihan/ bengkel kepada wanita setempat.

    Semenjak tahun 2010, sebanyak RM595,000.00 telah dibelanjakan untuk membeli peralatan PWB. Sebanyak 20 buah PWB telah memilih peralatan jahitan manakala sebanyak 17 buah PWB pula telah memilih peralatan masakan. Berikut adalah senarai PWB yang telah memperolehi peralatan mengikut jenis aktiviti yang dijalankan :-

     

    BIL PWB DUN JENIS PERALATAN YANG

    TELAH DITERIMA

    1. Sungai Air Tawar Masakan
    2. Sabak Jahitan
    3. Sungai Panjang Masakan
    4. Sekinchan Jahitan
    5. Hulu Bernam Masakan
    6. Batang Kali Jahitan
    7. Sungai Burong Masakan
    8. Permatang Masakan
    9. Bukit Malawati Masakan
    10. Ijok Jahitan
    11. Jeram Jahitan
    12. Kuang Jahitan
    13. Rawang Masakan
    14. Taman Templer Jahitan
    15. Batu Caves Masakan
    16. Gombak Setia Jahitan
    17. Hulu Klang Masakan
    18. Bukit Antarabangsa Masakan
    19. Lembah Jaya Masakan
    20. Chempaka Masakan
    21. Semenyih Jahitan
    22. Kajang Masakan
    23. Seri Setia Masakan
    24. Taman Medan Masakan
    25. Kampung Tunku Jahitan
    26. Paya Jaras Jahitan
    27. Kota Damansara Jahitan
    28. Kota Anggerik Masakan
    29. Batu Tiga Jahitan
    30. Sementa Jahitan

     

    BIL PWB DUN JENIS PERALATAN YANG

    TELAH DITERIMA

    31. Selat Klang Jahitan
    32. Seri Andalas Masakan
    33. Seri Muda Jahitan
    34. Sijangkang Jahitan
    35. Morib Jahitan
    36. Tanjung Sepat Jahitan
    37. Sungai Pelek Jahitan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.