Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

257) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP HAL-EHWAL PENGGUNA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah core business Standco ini?

    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan usaha berterusan bagi meningkatkan tahap kesedaran pengguna terhadap isu semasa melalui kempen-kempen kesedaran dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Program utama di bawah Jawatankuasa ini adalah Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai, Kempen Pengurangan Beg Plastik dan Polistrene, Program Bazar Ramadhan Mampan, Program Jelajah Kepenggunaan dan hebahan risalah berkaitan Kepenggunaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.