Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
191) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah core business Standco ini?
Bidang tugas Standco ini adalah seperti berikut;-
- Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap IKS sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi menentukan program-program;
- Menetapkan dasar dan polisi baru bagi meningkatkan perdagangan dalam dan luar negara; dan
- Memantau dan menilai program-program yang dilaksanakan sepanjang tahun;
- Lain-lain tugas yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.