Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

132) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP PERINDUSTRIAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah core business Standco ini?

    Bidang tugas Standco ini adalah;-

    • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelaburan dan Perindustrian sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi merangka program-program tahunan jawatankuasa untuk dilaksanakan;
    • Menggubal dasar dan strategi pelaburan dan perindustrian Negeri Selangor;
    • Menilai program promosi pelaburan negeri dan menetapkan program promosi sesuai dengan keperluan semasa dan arah aliran masa depan;
    • Merancang program pembangunan kawasan perindustrian negeri;
    • Mengesan pelaksanaan program pelaburan dan perindustrian dan memutuskan langkah-langkah yang sesuai;
    • Membincangkan isu-isu berkaitan pelaburan dan perindustrian untuk diselesaikan di peringkat jawatankuasa; dan
    • Lain-lain tugas yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa

Lampiran

Tiada Lampiran.