Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

281) PERANAN MENTERI BESAR DI ANAK-ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua jawatan yang dipegang oleh Menteri Besar di anak-anak syarikat Kerajaan Selangor

    Seperti yang termaktub di dalam Enakmen Perbadanan Syarikat serta Memorandum & Article Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri, Dato’ Menteri Besar Selangor akan menjadi Pengerusi di dalam Perbadanan dan Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

    Justeru, selaku Dato’ Menteri Besar Selangor, saya menjadi  Pengerusi di dalam syarikat-syarikat berikut:-

      BIL ANAK SYARIKAT / BADAN BERKANUN JUMLAH ELAUN SETAHUN (RM)
      1. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 8,000.00
      2. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) 341,000.00
      3. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 170,000.00
      4. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 128,000.00
      5. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 51,000.00
      6. Selangor State Investment Centre (SSIC) 11,000.00
    7. Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) 11,000.00  
    8. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) 10,000.00  
    9. Yayasan Selangor 5,000.00  
    10. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor 1,200.00  
    11. Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) 1,000.00  
    12. Yayasan Warisan Anak Selangor 1,000.00  
      JUMLAH BAYARAN 740,200.00  

    Saya menyalurkan seluruh elaun yang saya perolehi di dalam syarikat tersebut di atas kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi menyediakan dana untuk digunakan bagi program-program bantuan dan derma serta kemasyarakatan. Bagi jawatan Pengerusi, saya tidak menerima sebarang saham anak-anak syarikat.

Lampiran

Tiada Lampiran.