Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

71) PERANAN PEGAWAI KESIHATAN PERUBATAN DAERAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan Pegawai Kesihatan Perubatan Daerah (District Medical Health Officer)?

    A. PERANAN
    Pegawai Kesihatan adalah seorang profesional berlandaskan kelulusan MD dan
    MPH (atau yang setaraf) dan mempunyai pengalaman dalam bidang kesihatan
    awam. Beliau bertanggungjawab dalam menjayakan perlaksanaan semua
    aktiviti kesihatan awam di peringkat daerah serta memberi bimbingan profesional
    dan nasihat teknikal ke arah pencapaian matlamat Kementerian Kesihatan
    Malaysia.
    B. TUGAS
    1. Am
    • Bertanggungjawab kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
    terhadap pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan Awam Daerah
    keseluruhannya.
    • Mewakili Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ke mesyuarat atau
    majlis rasmi apabila diperlukan / diadakan.
    2. Aktiviti Kesihatan Awam
    • Pengurusan Kesihatan Awam
    • Perkhidmatan Kesihatan Ibu, Penyiasatan Kematian Ibu Bersalin dan
    Kanak-Kanak, Kesihatan Sekolah, Perancangan Keluarga dan
    Perbidanan di rumah.
    • Perkhidmatan Pesakit Luar di Klinik-klinik Kesihatan Daerah.
    • Menguruskan Penyakit-penyakit Berjangkit Daerah.
    • Pengawalan penyakit-penyakit termasuk wabak.
    • Kesihatan Alam Sekitar termasuk Kawalan Mutu Air.
    • Meningkatkan Program Pemakanan bagi komuniti.
    • Pendidikan Kesihatan / Kem Kesihatan bagi komuniti.
    • Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar.
    • Kawalan Mutu Makanan termasuk kebersihan makanan.
    • Program mengawal penyakit-penyakit bawaan vektor.

Lampiran

Tiada Lampiran.