Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

136) PERANAN PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah keberkesanan peranan PKPS dalam membantu petani di Selangor?

    PKPS membantu melalui penyediaan kemudahan tanah untuk menjalankan projek dan ruang pemasaran bagi memasarkan hasil keluaran mereka secara terus kepada pengguna.

     

    Sehingga kini, PKPS telah menyewa / memajak tanah seluas 432.64 hektar kepada para petani dan penternak seperti berikut :

     

    Bil Bidang Keluasan (Hektar)
    1. Pertanian 315.16
    2. Penternakan Ikan 57.13
    3. Penternakan Ayam 50.00
    4. Penternakan Lembu 10.35
      Jumlah 432.64

    Bagi aktiviti pemasaran, PKPS menyediakan ruang niaga di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dalam bentuk sewaan. Pada ketika ini, jumlah lot niaga adalah sebanyak 311 lot.

    Hasil usaha PKPS ini dapat membantu petani-petani/penternak-penternak untuk memulakan projek yang mampu meningkatkan pendapatan mereka, memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk-penduduk tempatan dan menambah bekalan hasil pertanian di pasaran domestik.

    Di antara perancangan PKPS untuk memastikan pertanian di Selangor bertambah maju adalah seperti berikut :

    i) Penambahan Keluasan Ladang PKPS

    PKPS mempunyai keluasan tanaman kelapa sawit berkeluasan 5,115 hektar yang merangkumi kawasan di sekitar Selangor, Kelantan dan Sabah. Peningkatan pengeluaran buah sawit daripada 63,000 tan (2014) kepada 73,000 tan (2015) melalui amalan perladangan baik.

    PKPS bercadang menambahkan keluasan penanaman kelapa sawit dengan cara memohon tanah dari kerajaan negeri dan membeli ladang sawit di luar negeri Selangor.

    ii)Pembinaan Kilang Sawit PKPS

    PKPS juga dalam perancangan untuk membina kilang kelapa sawit di Mukim Sungai Panjang. Kilang ini dijangka dibina pada tahun 2018. Pembinaan kilang ini dapat memberi manfaat kepada pekebun / pengusaha luar yang berhampiran kerana mereka tidak perlu menghantar buah tandan segar (BTS) ke kilang-kilang di selatan Perak. Dengan itu, kos pengangkutan akan menjadi lebih rendah dan tiada penipuan dari timbangan buah dan perahan minyak yang bersesuaian.

    iii)Menambah Rumah Ternakan Ayam

    Pada tahun 2016, PKPS merancang untuk menambah rumah ternakan ayam di Sungai Panjang yang boleh menampung 200,000 ekor ayam. Pada masa kini, 4 unit rumah ternakan ayam yang terletak di Mukim Ulu Tinggi hanya dapat menampung 100,000 ekor ayam untuk 1 pusingan.

    iv) Membina Rumah Sembelihan Ayam

    Rumah Sembelihan Ayam dijangka akan siap dibina pada tahun 2017. Rumah ini dapat menampung kapasiti sembelihan maksimum sebanyak 50,000 ekor / hari. Walau bagaimanapun, PKPS bercadang akan beroperasi pada kapasiti 20,000 ekor / hari untuk operasi permulaan. Ianya menunjukkan PKPS masih memerlukan ayam hidup sebanyak 520,000 ekor sebulan. Penternak-penternak ayam tempatan boleh membekalkan ayam hidup kepada PKPS bagi tujuan tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.