PERANAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DALAM PENGANGKUTAN AWAM NEGERI

36) PERANAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DALAM PENGANGKUTAN AWAM NEGERI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Walaupun kini terdapatnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat yang akan menyelaraskan kesemua sistem pengangkutan Awam , tetapi pihak Negeri juga harus bertindak menyediakan perkhidmatan bas yang mencukupi . Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan sistem perkhidmatan basnya yang tersendiri ?

    Kerajaan Negeri masih belum mempunyai sebarang perancangan bagi melaksanakan kemudahan pengangkutan bas awam percuma memandangkan kos pelaksanaan yang tinggi. Namun begitu Kerajaan Negeri masih mengkaji dan sentiasa melihat kebarangkalian bagi menyediakan kemudahan tersebut. Oleh yang demikian, pelbagai faktor harus diambil kira oleh Kerajaan Negeri seperti keluasan kawasan liputan dan sambutan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.