Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

38) PERANAN SSIC

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peranan SSIC dan hubungan kerja dengan MIDA dalam usaha untuk menarik pelaburan ke Negeri Selangor.

    Peranan SSIC dalam usaha menarik pelaburan adalah seperti berikut;-

    1. Mengenalpasti projek-projek yang berpotensi untuk dilaksanakan di Negeri Selangor
    2. Mengenalpasti pelabur-pelabur baru dan menjalin kerjasama strategik dengan pelabur sedia ada bagi menarik pelabur baru.
    3. Untuk melaksanakan keputusan-keputusan Kerajaan Negeri berkaitan pelaburan dan perindustrian di Negeri Selangor.
    4. Untuk mengemaskinikan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti pelaburan dan perindustrian di dalam negeri.
    5. Untuk memberikan khidmat nasihat kepada para pelabur berkaitan hal-hal dan proses pelaburan di Negeri Selangor.
    6. Untuk menyelaras lawatan pelabur-pelabur baru ke Negeri Selangor.
    7. Untuk membantu di dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelabur-pelabur baru dan sediada.
    8. Untuk merancang misi pelaburan Kerajaan Negeri ke luar negara dan menerima misi pelaburan dari luar negeri ke Negeri Selangor
    9. Untuk mengambil tindakan susulan berdasarkan laporan misi pelaburan ke luar negara.
    10. Untuk menyertai misi pelaburan yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan.
    11. Untuk bertindak sebagai Sekretariat kepada Jawatankuasa Tetap Pelaburan dan Perindustrian Negeri Selangor.
    12. Memproses Permohonan Surat Tiada Halangan bagi cadangan projek perkilangan di Negeri Selangor xiii.   Mempromosikan kawasan-kawasan industri baru

    Hubungan SSIC dengan MIDA.

    SSIC sentiasa berhubung rapat dan bekerjasama dengan pihak MIDA dalam membantu merealisasikan cadangan projek-projek pelaburan di Negeri Selangor disamping membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelabur. SSIC akan membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri dan pihak MIDA akan membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan.

    SSIC juga menjadi tempat rujukan bagi pihak MIDA untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan hal-hal pelaburan di Negeri Selangor untuk tujuan promosi dan sebagainya.

    Bagi mempromosikan negeri Selangor, SSIC juga turut menyertai programprogram lawatan promosi pelaburan dan perdagangan ke luar negara yang dianjurkan oleh pihak MIDA.

Lampiran

Tiada Lampiran.