Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

142) PERANAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Yayasan Selangor dikatakan mahu membangunkan tanah TOL yang diusahakan oleh operator tanaman hiasan dan bunga di Sungai Buloh. Apakah justifikasi Yayasan Selangor diberikan tanah TOL tersebut?

    • YS adalah sebuah Agensi Kerajaan Negeri Selangor.
    • Terdapat paip besar di bawah tapak Nursery yang memerlukan penjagaan rapi atas gunatanah tapak Nursery.
    • YS berpengalaman 40 tahun mengurus hartanah dan mampu menentukan peraturan/arahan Jurutera Profesional di patuhi demi keselamatan ditapak.
    • Tapak2 Nursery akan disewakan dengan kadar yang berpatutan dan sekiranya ada lebihan hasil dari sewaan kepada pengusaha (operators) dan setelah di tolak belanja mengurus dan mencantikkan Nursery Sg. Buloh (Laman Hijau), dana itu akan di gunakan untuk biasiswa dan pinjaman pelajaran pelajar sekolah dan IPTA/IPTS.

Lampiran

Tiada Lampiran.