PERANCANGAN BANDAR MERU

117) PERANCANGAN BANDAR MERU

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menyusun dan membaiki semula kesilapan perancangan dan pembangunan bandar Pekan Meru yang tidak terancang dan tidak tersusun sejak dahulu?

    Majlis Perbandaran Klang sedang menyediakan Rancangan Tempatan Klang (Penggantian) 2035 yang dijangka siap pada akhir tahun 2019. Rancangan Tempatan Klang (Penggantian) 2035 akan menekankan dasar dan strategi Pekan Meru sebagai satu bandar satelit dengan mengambilkira pusat-pusat pertumbuhan baru seperti Bandar Bukit Raja, Klang Sentral dan beberapa pusat pertumbuhan di Koridor Utara Klang dengan adanya Jajaran Lebuhraya Pantai Barat. Tumpuan juga akan menaiktaraf dan memperkemaskan kemudahan infrastruktur seperti sistem jalanraya dan perparitan sejajar dengan kawasan Meru sebagai pusat tumpuan kepada aktiviti kediaman dan industri yang pesat dan berkembang maju.

    Penguatkuasaan di bawah Kanun Tanah Negara dan Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu diperkasakan bagi mengawal aktiviti salahguna tanah dan pembangunan yang tidak terancang dan tidak mematuhi prodesur pemajuan tanah seperti yang ditetapkan oleh PBT dan PTD khususnya ditanah simpanan Melayu kampung tradisional dan tanah-tanah rezab kerajaan yang menjejaskan kualiti hidup dan perkhidmatan perbandaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.