PERANCANGAN EXCO USAHAWAN UNTUK MEMAJUKAN BAZAR DARUL EHSAN

115) PERANCANGAN EXCO USAHAWAN UNTUK MEMAJUKAN BAZAR DARUL EHSAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Exco usahawan untuk memajukan Bazar Darul Ehsan di Kanchong Darat yang terbiar sekian lama ibarat Projek Gajah Putih?

    Bangunan Darul Ehsan dibangunkan bertujuan untuk pengumpulan produk IKS di kawasan Kuala Langat. Kerajaan Negeri ingin menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat keusahawanan bukan sahaja memfokuskan sebagai pusat pengumpulan produk. Premis ini juga pernah dijadikan sebagai pusat kegiatan usahawan seperti aktiviti kursus, jahitan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, matlamat Kerajaan Negeri untuk menjadikan pusat pengumpulan produk IKS kurang berjaya memandangkan pengunjung lebih gemar untuk mendapatkan produk secara terus dari pengilang di sekitar kawasan tersebut yang menawarkan harga yang lebih kompetetif dan produk yang lebih segar.

    Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk membaikpulih bangunan tersebut bagi merancakkan kembali aktiviti keusahawanan. Selain itu Kerajaan Negeri merancang BDE dijadikan sebagai promotion centre untuk aktiviti jualan dan promosi barangan pengguna seperti jualan barangan bayi dan barangan sekolah. Tindakan penambahbaikan telah diambil untuk melakukan penilaian kerosakan yang akan dijalankan oleh JKR Selangor bagi membolehkan kerja pemulihan dan penyelenggaraan dibuat mulai tahun 2018. Kerja-kerja ini akan memakan masa sekitar 6 bulan dan dijangka siap pada April 2019. Kerajaan Negeri juga akan melantik syarikat pengurusan yang baharu untuk mengadakan program dan aktiviti keusahawanan dengan melibatkan penduduk setempat. Inisiatif ini bukan sahaja mampu memulihkan kembali bangunan tersebut malahan akan dapat membantu meningkatkan dan menaik taraf pendapatan penduduk setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.