Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

110) PERANCANGAN KERAJAAN NEGERI UNTUK WARGA EMAS

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk warga emas memandang Skim Mesra Usia Emas akan hanya dinikmati oleh pewaris atau penama? Sebagai contoh pendaftaran ahli berumur 60 tahun ke atas apabila layak dan diluluskan oleh pihak YAWAS maka berhak menerima RM1,000.00 dan baki RM1,500.00 akan dibayar pada penama selepas warga emas meninggal dunia.

    Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini bantuan kepada golongan warga emas telah diberikan melalui Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dikendalikan oleh pihak Rantaian Mesra Sdn Bhd sebagai bantuan khairat kematian sebanyak RM2,500.00 tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial khusus kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU). Bantuan kewangan yang diberikan membantu dalam meringankan beban ahli keluarga dalam pengurusan jenazah.

    Walau bagaimanapun, sebagai kerajaan yang prihatin terhadap golongan warga emas yang juga merupakan sebahagian daripada masyarakat di Selangor, Kerajaan Negeri kini sedang dalam pertimbangan untuk memberikan manfaat kepada ahli SMUE semasa hidupnya dan beberapa cadangan lain di peringkat Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.