Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

35) PERANCANGAN KERAJAAN UNTUK MENGELAK BANJIR BESAR KHUSUSNYA DI KAWASAN YANG DIKELILINGI SUNGAI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Banjir kilat sering berulang berlaku di kawasan perumahan Taman Sentosa serta Kampung Jawa. Apakah langkah yang telah diambil dan juga perancangan Pihak Kerajaan Tempatan dan JPS untuk mengatasi masalah banjir kilat tersebut?

    Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah melaksanakan empat (4) projek bertujuan mengatasi masalah banjir kilat di kawasan perumahan Taman Sentosa. Projek tersebut adalah seperti berikut:-

    1. Kerja-kerja Membina Kolam Takungan Banjir Di Taman Sentosa, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan dengan kos sebanyak RM3,371,966.53. Projek ini telah disiapkan pada 01.06.2019.
    2. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Taman Sentosa dengan kos sebanyak RM6,588,515.00. Projek ini telah disiapkan pada 09.2019.
    3. Projek Tebatan Banjir di Sungai Aur Fasa 5 dengan kos sebanyak RM10,853,301.63. Kemajuan projek 96% dan dijangka siap pada Disember 2019.
    4. Projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Kg. Jawa dengan kos sebanyak RM4,933,269.00. Kemajuan projek 61% dan dijangka siap pada Mac 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.