Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

14) PERANCANGAN KHUSUS UNTUK MENGANGKAT SESUATU TEMPAT SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN TERPILIH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengangkat sesebuah tempat untuk mencapai nilai destinasi pelancongan?

    Untuk mengangkat sesebuah tempat menjadi tempat pelancongan perlu merujuk Undang-Undang Malaysia di bawah Akta 482, Akta Industri Pelancongan 1992. Kementerian menguatkuasakan akta-akta dan peraturan berikut :

    • Akta Industri Pelancongan 1992;
    • Peraturan-Peraturan Industri   Pelancongan  (Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992;
    • Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Pelesenan dan Pengawalan Pemandu Pelancong) 1992;
    • Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Pelesenan Institutsi Latihan Pelancongan) 1994;
    • Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Mengkompauan Kesalahan- Kesalahan) 1992;
    • Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999; dan
    • Peraturan-Peraturan Kenderaan  Pelancongan (Pelesenan dan Pengawalan Kenderaan Pelancongan)

    Antara faktor-faktor yang boleh dikaitkan untuk membangunkan sesebuah tempat menjadi tempat pelancongan adalah seperti yang berikut.

    1. Kemudahan

    Kemudahan Infrastruktur ini amat penting untuk memberi keselesaan kepada pengunjung dan juga para pembangun industri pelancongan dalam meneruskan perniagaan mereka.

    1. Kemudahan Jalan dan

    Kemudahan jalan dan akses juga perlu dibangunkan dengan baik untuk memberikan laluan yang mudah untuk para pelancong dan juga peniaga untuk ke tempat pelancongan yang ingin dibangunkan. Selain itu, kemudahan jalan dan akses yang baik dapat memberikan skop di dalam peta

    • Nilai

    Nilai komersial sesuatu tempat dapat menggambarkan “x-factor” dan keunikan yang ada pada sesuatu tempat yang menjadi tarikan kepada orang ramai untuk datang ke tempat pelancongan tersebut.

    Pelbagai kaedah promosi perlu dijalankan antaranya Sesi Pelancaran, Laman Web Rasmi, Laman Media Sosial, dan hebahan melalui media cetak. Selain itu, pihak pembangun perlu menyediakan pakej dan bahan promosi yang menarik untuk memberi peluang pengunjung menikmati kelebihan yang diberikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.