Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

23) PERANCANGAN MEMBINA MASJID BARU DI SELURUH SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah prosedur membina masjid baru diamalkan sebelum ini dan huraikan kenapakah masih terdapat tapak masjid yang sepatutnya didirikan masjid telah disewakan kepada pengusaha kereta terpakai atau tidak diserahkan oleh pemaju kepada kerajaan dan dibiarkan sahaja menjadi semak samun

    i) Prosedur pembinaan masjid baru dalam negeri Selangor Darul Ehsan
    adalah bermula dengan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) membuat
    kajian keperluan bagi kawasan – kawasan yang mempunyai kepadatan
    umat Islam yang tinggi.

    Apabila terdapat keperluan bagi pembinaan masjid di satu – satu
    kawasan, langkah seterusnya adalah mencari tapak masjid yang
    bersesuaian. PAID akan berhubungan dengan Pejabat Tanah dan
    Daerah (prO) bagi proses mencaritapak masjid yang bersesuaian.

    Setelah tapak bersesuaian bagi didapati, ianya akan dibawa kepada ibu
    pejabat Jabatan Agama Islam Selangor dan dimasukkan ke dalam
    senarai pembinaan masjid untuk tujuan permohonan peruntukan
    daripada Kerajaan Negeri.

    Kemudian, apabila permohonan peruntukan bagi membina masjid
    diluluskan, Kerajaan Negeri melalui agensi Jabatan Ke~a Raya (JKR)
    akan membuat proses perolehan dan seterusnya melaksanakan
    pembinaan masjid baru tersebut.

     

    ii) Penyewaan tapak – tapak bagi kegunaan masjid telah dilaksanakan bagi
    memaksimumkan penggunaan tanah kerajaan.

    Penyewaan ini diberi apabila suatu kawasan tersebut belum lagi
    memenuhi keperluan bagi pembinaan masjid.

    Antara bentuk – bentuk penyewaan bagi tapak masjid yang telah
    diluluskan adalah seperti kedai jualan kereta terpakai, kedai perabot,
    kedai makan serta lain – lain bentuk penyewaan yang melibatkan struktur
    separa kekal dan tidak melibatkan pembinaan struktur kekal.

Lampiran

Tiada Lampiran.