Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

99) PERANCANGAN PEMBAIKAN SISTEM JALAN RAYA/LALU LINTAS DI DUN SELAT KLANG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kepadatan penduduk di kawasan terhad di Selat Klang mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Sila senaraikan perancangan memastikan masalah diatasi berserta jadual pelan tindakan termasuk jalan baharu oleh semua jabatan terlibat: JKR, PBT, pejabat daerah (luar bandar)

    MAJLIS PERBANDARAN KLANG

    MPK bersama JKR Negeri Selangor perlu menyediakan Pelan Induk Sistem Rangkaian Jalan dalam mengatasi kesesakan aliran trafik kesan kepada kepadatan penduduk di kawasan Selat Klang dan pembangunan kediaman baru. Penyediaan Pelan Induk merangkumi kajian ke atas mengenalpasti jajaran jalan-jalan baru, melebar jajaran jalan-jalan utama sediada dan menaiktaraf persimpangan-persimpangan jalan sediada.

Lampiran

Tiada Lampiran.