PERANCANGAN RUMAH MAMPU MILIK PKNS
31) PERANCANGAN RUMAH MAMPU MILIK PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
PKNS merancang membina 18,037 unit rumah mampu milik pada 2014- 2020. Berapakah jumlah kos pelaburan untuk pembinaan unit-unit tersebut?
Kos pembinaan Rumah Mampu Milik bergantung kepada beberapa faktor seperti luas lantai, bilangan tempat letak kereta (TLK), jumlah kemudahan awam yang disediakan dan kemudahan infrastruktur yang perlu disediakan di kawasan
Secara kasar bagi pembangunan pangsapuri berserta lift dengan penyediaan TLK bertingkat, penyediaan fasiliti ( pejabat MC, surau, tadika & kedai komuniti) kos bangunan sahaja adalah sebanyak RM250.00 skp. Oleh itu kos pembinaan bagi luas lantai 800 kps adalah RM200,000.00 seunit. Kos ini tidak termasuk kos infrastruktur dan kos tanah.
