Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

107) PERANCANGAN UNTUK PENDUDUK PPR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perumahan PPR adalah rumah transit , yang sepatutnya diduduki sehingga penyewa berkemampuan membeli rumah kos rendah dengan sendirinya . Berapa lamakah penyewa masih menduduki rumah PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan rumah Putra Damai , Lembah Subang

    1. Tujuan pembinaan PPR Kota Damansara dan PPR Taman Putra Damai adalah untuk menempatkan golongan setinggan atau yang tidak berkemampuan memiliki rumah atas faktor-faktor tiada pendapatan tetap, miskin tegar atau hilang tempat bergantung khususnya ibu tunggal atau orang kurang upaya. untuk makluman, pada masa ini tempoh sewaan rumah PPR yang ditetapkan adalah selama dua tahun dan selepas tempoh tersebut penyewa hendaklah mengosongkan unit rumah PPR. walau bagaimanapun, sebahagian besar penyewa yang telah tamat tempoh masih tidak mampu memiliki rumah sendiri dan tidak berpindah keluar dari rumah PPR. oleh itu, tempoh penyewaan adalah bergantung kepada kemampuan mereka untuk memiliki rumah sendiri dengan mematuhi syarat-syarat penyewaan dan membayar sewa seperti yang telah ditetapkan kepda  sebelum seseorang itu diberikan kemudahan menyewa rumah PPR, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) akan membuat perjanjian dengan mereka tetapi tiada penekanan diberikan kepada tempoh sewaan. walau bagaimanapun bagi penduduk yang sudah tidak layak menduduki PPR kerana telah memiliki rumah sendiri akan diberi notis untuk berpindah keluar dari PPR tersebut.

     

    Buat masa ini tiada kata putus daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkenaan penjualan unit-unit rumah PPR kepada penyewa-penyewa berkenaan. sekiranya unit rumah PPR tersebut dibuka untuk penjualan maka penyewa-penyewa sedia ada akan diberi keutamaan untuk ditawarkan membeli rumah PPR Kota Damansara dan PPR Taman Putera Damai.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.