Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

165) PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor dan huraikan status terperinci mengenainya perancangan memantapkannya?

    1. Sejak Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor ditubuhkan dan mula beroperasi pada bulan Julai tahun yang lalu, Perbadanan telah mengatur langkah merancang dan mengendalikan berbagai program. Program-program tersebut termasuklah program baru dan penerusan program lama di bawah Lembaga Muzium negeri

     

    Di antara program yang diberi penekanan ialah aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam mana aktiviti ini ditunas suburkan dengan bantuan pakar-pakar terdiri daripada profesor-profesor dan pengkaji daripada universiti tempatan. Perbadanan juga sedang menilai aspek-aspek persembahan terhadap artifak-artifak yang di pamerkan melalui teknik-teknik baru dengan mengambil pengalaman daripada muzium-muzium tempatan dan luar negara.

     

    Kerja-kerja sedang giat dijalankan bagi menambah nilai bahan-bahan yang sedia ada   dan bakal diperolehi dari berbagai sumber untuk menentukan  muzium  negeri  mempunyai bahan-bahan artifak yang benar-benar menggambarkan teras budaya adat dan kesenian Negeri Selangor.

     

    Selain daripada itu Perbadanan juga sedang menilai dan akan mengemukakan pelan pelaksanaan membaik pulih bangunan-bangunan muzium utama di Shah Alam dan muzium-muzium cawangan di daerah yang berkenaan.

     

    Secara yang lebih spesifik untuk tahun 2010 dan tahun-tahun berikutnya tumpuan kerja Perbadanan adalah seperti berikut :-

     

    1. Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tugas utama PADAT iaitu:

     

    1. Meningkat dan menambahkan keupayaan tradisi ilmu, bahasa dan persuratan,

     

    1. Menggali bahan-bahan sejarah dan mendokumentasikannya untuk dijadikan bahan rujukan mengenai Adat-Adat Melayu dan Warisan Selangor,

     

    • Mengenal pasti, mengadun dan mempersembahkan warisan kesenian Melayu dan warisan Selangor,

     

     

     

     

    1. Mengemukakan dasar-dasar dan landasan-landasan pembangunan dan perkembangan adat Melayu dan warisan Selangor,

     

    1. Menerbit dan mengarkibkan bahan-bahan penulisan mengenai adat Melayu dan warisan Selangor ,

     

    1. Memoden dan mengemas kini sistem pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan warisan Selangor,

     

    • Memasukkan idea   dan   peralatan   teknologi   moden      dalam system pengurusan,penambahbaikan dan pembangunan

     

    1. Mewujudkan desa budaya di Shah Alam dengan tujuan untuk mengetengahkan adat Melayu dan warisan Negeri Selangor,

     

    1. Jalinan kerjasama antara PADAT dengan perbadanan negeri lain atau agensi lainnya yang mempunyai perkhidmatan teras (core business) yang sama termasuk di Asia dan peringkat antarabangsa,

     

    1. Mengujudkan kumpulan pakar permuziuman, adat dan warisan. Bagi merealisasikan hasrat ini satu bentuk bantuan sama ada biasiswa ataupun geran akan diwujudkan,

     

    1. Kebolehupayaan pembangunan daripada segi infrastruktur selain kakitangan,

     

    1. Lawatan kerja rasmi dalam dan luar Negara utama terpilih untuk melihat amalan membangun dan mempromosi adat dan warisan,

     

    1. Penambahbaikan ekshibit di ruang pameran semua muzium di bawah PADAT. Pengubahsuaian daripada segi peragaan ekshibit iaitu penambahbaikan maklumat di seluruh ruang pameran perlu dilaksanakan segera,

     

    1. Mengujudkan Pintu Gerbang Selangor di setiap pintu masuk. Sehubungan itu, perkampungan budaya perlu diwujudkan dengan jualan produk  kraf  selain produk IKS yang melambangkan identiti Selangor. Projek ini diharap dapat menonjolkan ikon Selangor di,setiap perkampungan budaya yang diwujudkan di daerah seluruh negeri,

     

    1. Konvensyen Adat Melayu Selangor perlu diadakan setahun sekali. perlaksanaannya sama ada pertengahan tahun atau hujung

     

Lampiran

Tiada Lampiran.