PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN SELANGOR (PAMWS)
36) PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN SELANGOR (PAMWS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan dan program yang dijalankan selepas penubuhan PAMWS?
Sejak Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor ditubuhkan dan mula
beroperasi pada bulan Julai tahun yang lalu, Perbadanan telah mengatur langkah
merancang dan mengendalikan berbagai program. Program-program tersebut
termasuklah program baru dan penerusan program lama di bawah Lembaga Muzium
negeri dahulu.
Di antara program yang diberi penekanan ialah aktiviti penyelidikan dan pembangunan
dalam mana aktiviti ini ditunas suburkan dengan bantuan pakar-pakar terdiri daripada
profesor-profesor dan pengkaji daripada universiti tempatan. Perbadanan juga sedang
menilai aspek-aspek persembahan terhadap artifak-artifak yang dipamerkan melalui
teknik-teknik baru dengan mengambil pengalaman daripada muzium-muzium tempatan
dan luar negara.
Kerja-kerja sedang giat dijalankan bagi menambah nilai bahan-bahan yang sedia ada
dan bakal diperolehi dari berbagai sumber untuk menentukan muzium negeri
mempunyai bahan-bahan artifak yang benar-benar menggambarkan teras budaya adat
dan kesenian Negeri Selangor.
Selain daripada itu Perbadanan juga sedang menilai dan akan mengemukakan pelan
pelaksanaan membaik pulih bangunan-bangunan muzium utama di Shah Alam dan
muzium-muzium cawangan di daerah yang berkenaan.
Secara yang lebih spesifik untuk tahun 2010 dan tahun-tahun berikutnya tumpuan kerja
Perbadanan adalah seperti berikut :-
1. Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tugas utama PADAT iaitu:
i. Meningkat dan menambahkan keupayaan tradisi ilmu, bahasa dan
persuratan,
ii. Menggali bahan-bahan sejarah dan mendokumentasikannya untuk
dijadikan bahan rujukan mengenai Adat-Adat Melayu dan Warisan
Selangor
iii. Mengenal pasti, mengadun dan mempersembahkan warisan kesenian
Melayu dan warisan Selangor,iv. Mengemukakan dasar-dasar dan landasan-landasan pembangunan dan
perkembangan adat Melayu dan warisan Selangor,
v. Menerbit dan mengarkibkan bahan-bahan penulisan mengenai adat
Melayu dan warisan Selangor ,
vi. Memoden dan mengemas kini sistem pengurusan Perbadanan Adat
Melayu dan warisan Selangor,
vii. Memasukkan idea dan peralatan teknologi moden dalam sistem
pengurusan,penambahbaikan dan pembangunan Perbadanan.
2. Mewujudkan desa budaya di Shah Alam dengan tujuan untuk mengetengahkan
adat Melayu dan warisan Negeri Selangor,3. Jalinan kerjasama antara PADAT dengan perbadanan negeri lain atau agensi
lainnya yang mempunyai perkhidmatan teras (core business) yang sama
termasuk di Asia dan peringkat antarabangsa,
4. Mengujudkan kumpulan pakar permuziuman, adat dan warisan. Bagi
merealisasikan hasrat ini satu bentuk bantuan sama ada biasiswa ataupun geran
akan diwujudkan,
5. Kebolehupayaan pembangunan daripada segi infrastruktur selain kakitangan,
6. Lawatan kerja rasmi dalam dan luar negara utama terpilih untuk melihat amalan
membangun dan mempromosi adat dan warisan,
7. Penambahbaikan ekshibit di ruang pameran di semua muzium di bawah PADAT.
Pengubahsuaian daripada segi peragaan ekshibit iaitu penambahbaikan
maklumat di seluruh ruang pameran perlu dilaksanakan segera,
8. Mengujudkan Pintu Gerbang Selangor di setiap pintu masuk. Sehubungan itu,
perkampungan budaya perlu diwujudkan dengan jualan produk kraf selain
produk IKS yang melambangkan identiti Selangor. Projek ini diharap dapat
menonjolkan ikon Selangor di,setiap perkampungan budaya yang diwujudkan di
daerah seluruh negeri,
9. Konvensyen Adat Melayu Selangor perlu diadakan setahun sekali.
perlaksanaannya sama ada pertengahan tahun atau hujung tahun.
