Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

107) PERBADANAN ADAT MELAYU & WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian PADAT dalam konservasi warisan seni bina bangunan bersejarah? Senaraikan nama bangunan-bangunan yang dikenal pasti seni bina sejarah

    PADAT telah melaksanakan kerja-kerja konservasi/pemuliharaan terhadap bangunan-bangunan warisan dalam usaha untuk pengekalan dan pengukuhan bangunan bangunan warisan agar bangunan-bangunan ini tetap dapat dipulihara dan dapat dilihat oleh generasi yang akan datang.

    PADAT juga telah mengaplikasi beberapa rawatan dalam usaha untuk memulihara bangunan-bangunan warisan. Salah satu rawatan yang telah digunakan adalah dengan menggunakan teknik Cocoon dalam usaha untuk mengurangkan kadar  kerapuhan akibat daripada proses penggaraman dan kerosakkan bahan binaan bata  yang digunakan oleh bangunan warisan.

    Bangunan warisan yang telah diberi rawatan cocoon adalah seperti berikut:-

     

    Bangunan Warisan Permuliharaan/Teknik Rawatan Tahun Perlaksanaan Kos (RM)
     

    Istana           Bandar

    Kuala Langat

     

    Cocoon dan kapilari air

     

    2015

     

    500,000.00

     

    Bangunan Penjara Lama Jugra

     

    Cocoon dan kapilari Air

     

    2015

     

    38,000.00

     

    Gedong             Raja

    Abdullah Klang

     

    Cocoon dan kapilari air

     

    2015

     

    200,000.00

           
     

    Bekas Pejabat Agama Islam

    Klang

     

     

    Cocoon dan kapilari air

     

    2016

     

    390.000.00

     

    Bangunan Muzium Daerah Kuala

    Selangor

     

     

    Cocoon dan kapilari air

     

    2016

     

    160.000.00

     

    Selain kerja-kerja rawatan bagi tujuan pemuliharaan, PADAT juga telah berjaya memindahkan serta membaik pulih dan memulihara sebuah rumah tradisional Bugis dari Kuala Selangor ke Shah Alam.

    Rumah Bugis ini telah dibuka dan diberi rawatan mengikut kaedah konservasi serta dipindahkan ke Shah Alam dan dibina semula berdasarkan pada bahan  binaan asal serta mengikuti bentuk dan senibina asal rumah tersebut.

    Senarai Bangunan Warisan Selangor Di Bawah PADAT

    1. Rumah Tradisional Bugis

    Rumah tradisional Bugis yang kini terletak di perkarangan Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada asalnya terletak di Kampung Permatang Kuala Selangor. Rumah tradisional ini memiliki unsur-unsur  pengaruh  senibina dan kesenian  dari tanah Bugis iaitu Sulawesi Selatan (Makasar).

    • Bangunan Penjara Lama Jugra

    Bangunan ini terletak di tebing sungai Langat di Jugra Kuala Langat. Ia merupakan bangunan yang berasal dari abad ke 18 dan memiliki senibina yang sangat unik. Bangunan ini terdiri dari dua tingkat. Tingkat bawah diperbuat dari bahan granit sementara bahagian atas dari bahan kayu. Bangunan ini sebelumnya adalah digunakan sebagai balai polis dan juga penjara semasa pemerintahan residen Inggris di Selangor.

     

    Bangunan ini telah diwartakan sebagai bangunan dan tapak warisan pada tahun 2002.

    • Gedung Raja Abdullah Klang

    Bangunan ini terletak di bandar Klang dan dibina pada tahun 1856   oleh Raja Abdullah. Bangunan  dua tingkat ini pada asalnya berfungsi sebgai sebuah gudang untuk penyimpanan timah sebelum ianya diedarkan ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Pada 1877 buat pertama kalinya mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor telah di adakan di bangunan ini. Bangunan ini telah diwartakan sebagai bangunan dan tapak warisan pada tahun 1982.

    • Bekas Pejabat Agama Islam Klang

    Bangunan ini terletak di Bandar Klang berdekatan dengan  bangunan Galeri Diraja Sultan Abul Aziz Klang. Bangunan ini mula dibina pada 1912. Asal bangunan ini adalah sebagai sebuah istana hinggap Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah iaitu Sultan Selangor (Sultan Selangor ke-5). Bangunan ini dalam proses pewartaan sebagai tapak warisan.

    • Istana Bandar (Istana Alaeddin)

    Istana Ala’eddin siap dibina pada 1899 sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ala’eddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor V (1898-1938).Di bina di Bandar, Kuala Langat yang merupakan pusat pemerintahan Negeri Selangor pada ketika itu. Maka dikenali juga sebagai Istana Bandar. Bangunan ini telah diwartakan sebagai bangunan dan tapak warisan pada tahun1980.

     

    • Setor Peluru Jugra

    Bangunan stor peluru terletak di bukit Jugra Lama. Ia merupakan sebuah bangunan yang berfungsi sebagai tempat atau stor untuk penyimpanan peluru. Bangunan ini dibina sekitar abad ke 19 dan dibina  dari bahan bata.  Bangunan ini telah diwartakan sebagai bangunan dan tapak warisan pada tahun 2002.

    Senarai Bangunan Warisan Di Selangor yang bukan di bawah PADAT

    Bil Bangunan Tanggungjawab/Agensi Status
    1. Ibu     Empangan     Sungai

    Tengi

    Jabatan Perairan Selangor (JPS) Gazet
    2. Kota Raja Mahadi Bukit Melawati, Kuala Selangor Majlis Perbandaran Klang (MPK) Gazet
    3 Makam Diraja Jugra Jabatan       Agama        Islam

    Selangor (JAIS)

    Gazet
    4. Masjid     Ampang      Pecah

    (Masjid Lama Al-Hidayah)

    Jabatan       Agama        Islam

    Selangor (JAIS)

    Gazet
    5. Sekolah Convent Jalan Tengku Kelana, Klang Kementerian           Pelajaran

    Malaysia (KPM)

    Gazet
    6. Bekas Bangunan Gereja (Pejabat polis Cawangan

    Trafik)

    Majlis         Daerah          Hulu

    Selangor (MDHS)

    Gazet

Lampiran

Tiada Lampiran.