Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

180) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian PKNS sepanjang tahun 2008 hingga 2013?

    Sepanjang tahun 2008 hingga Mei 2013, PKNS telah mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.75 billion. PKNS memperolehi keuntungan tertinggi pada tahun 2011 iaitu sebanyak RM420 juta sejak penubuhan PKNS.

    Sejak mengamalkan tender terbuka, sebutharga dan perlantikan perunding di Bahagian Perolehan yang ditubuhkan pada 1 Jun 2011, PKNS telah dapat menjimatkan kos sebanyak RM113.9 juta (15.5%) sehingga Disember 2011. Pada tahun 2012 pula, penjimatan yang dilakukan oleh PKNS melalui bahagian ini adalah sebanyak RM98.4 juta (10.4%) sehingga Disember 2012.

    PKNS telah memeterai perjanjian integriti pada 23 Mac 2011 dengan Transparency International Malaysia (TI-M), badan yang bebas dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang komited dalam memerangi rasuah. Perjanjian ini membawa PKNS ke tahap yang lebih tinggi atau setaraf dengan syarikat-syarikat korporat yang lain. Ia secara langsung meningkatkan kesedaran di kalangan penjawat awam dan pihak-pihak berkaitan yang berurusan dalam perkara-perkara berkaitan dengan perolehan kerajaan dan dapat menghapuskan amalan rasuah.

    Selain daripada itu, pencapaian PKNS dapat dilihat melalui program-program seperti berikut:

    1. Mewujudkan peluang pemilikan harta dengan harga kompetitif

    Sejak penubuhan PKNS, kuota penjualan hartanah disasarkan bagi Bumiputera (70%) dan Bukan Bumiputera (30%). Pengenalan projek hartanah baru dalam tempoh 2008-2013 memberikan peluang kepada rakyat Selangor khususnya memiliki hartanah berkualiti pada harga bepatutan. Dalam tempoh berkenaan, PKNS telah membina sebanyak 8,792 unit rumah, 1,387 unit kedai dan 74 unit kilang/industri berjumlah 10,253 unit keseluruhannya.

    1. Program Keusahawanan

    Peluang kepada usahawan dan kontraktor kecil dan sederhana untuk menceburi pengurusan kerja-kerja kontrak PKNS dipermudahkan melalui program-program seperti berikut: i. Sub-kontraktor Bumiputera

    1. Vendor Incubator Payung
    2. PHASER iv. Akademi MPPB v.    Vio by PKNS
    3. Dari tahun 2008 – 2013, PKNS telah membelanjakan sebanyak RM13.5 juta bagi membiayai program-program keusahawanan.
    • Pusat Pertumbuhan Baru

    Di sebalik tanggapan umum, PKNS telah mula membeli tanah pada harga pasaran sejak tahun 1996. Pada tahun 2007 dan 2010, PKNS telah membeli tanah di Sepang berkeluasan 1,255 ekar yang dinamakan Taman Sains Selangor 2 (TSS2) dengan harga RM274 juta. Sehingga kini, PKNS telah membelanjakan lebih RM800 juta bagi kos pembelian tanah dan infrastruktur tambahan.

    1. Projek Rumah Mampu Milik (Rumah IDAMAN PKNS)

    PKNS memperkenalkan Rumah IDAMAN yang mampu dimiliki pada harga berpatutan tidak melebihi RM150,000, lebih rendah daripada harga pasaran. Rumah IDAMAN PKNS adalah projek mesra pengguna, menyediakan kemudahan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas bagi memudahkan pergerakan mereka dengan rekabentuk yang mengambil kira ciri-ciri OKU. Fasa awal Rumah IDAMAN PKNS telah siap sepenuhnya pada Mac 2013 di Bukit Botak sebanyak

    1,422 unit kediaman berkembar. Unit standard bagi rumah berkembar ini ditawarkan pada harga RM99,000 dengan rekabentuk moden serta keluasan lantai 850 kps dan dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air. Sehingga 2013, jumlah rumah mampu milik telah dibina adalah sebanyak 2,611 unit.

    1. Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
    2. Pembayaran Zakat
      1. PKNS telah membayar zakat perniagaan kepada MAIS yang dimanfaatkan kepada asnaf-asnaf di negeri Selangor
      2. Dalam tempoh 2008 – 2013, PKNS telah menyumbang zakat perniagaan sebanyak RM25.3 juta.
    • Tabung Warisan
      1. Sebagai agensi kerajaan negeri, PKNS juga telah memberi dividen kepada kerajaan dalam bentuk Tabung Warisan
      2. Dalam tempoh 2008 – 2013, PKNS telah menyumbang sebanyak RM23.2 juta kepada tabung tersebut.
    1. Kerajaan Prihatin
      1. PKNS membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam menyediakan peruntukan bagi membina rumah prihatin untuk membantu rakyat yang tidak mampu memiliki rumah.
      2. Walaupun peruntukan masih belum mencukupi bagi membantu rakyat yang memohon rumah di bawah program berkenaan, ia sekurang-kurangnya dapat memperlihatkan kesungguhan PKNS dalam membantu rakyat terutama bagi golongan berpendapatan rendah.
      3. Dalam tempoh 2008 – 2013, PKNS telah menyumbang sebanyak RM4.5 juta untuk membaikpulih dan membina semula rumah prihatin di Selangor.
    2. Projek Penyelenggaraan dan lain-lain sumbangan
      1. Dalam tempoh 2008-2013, PKNS telah menampung sebanyak RM26.2 juta bagi projek penyelenggaraan dan lain-lain. Salah satu sumbangan terbesar PKNS adalah sebanyak RM7 juta untuk membaikpulih lif dan mengecat pangsapuri, RM5.2 juta kepada Pembinaan Asrama Sesa dan RM5 juta untuk Yayasan Pendidikan Negeri Selangor.
    3. Bangunan Komersial yang Telah Siap

    Jumlah bangunan komersial yang telah siap dibina oleh PKNS dari tahun 2008 hingga 2013 adalah sebanyak 6,463 unit yang melibatkan 5,959 unit kedai dan 504 unit kilang.

Lampiran

Tiada Lampiran.