Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

229) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan penjualan aset PKNS dan subsidiarinya 2008-2014: tarikh penjualan, pembeli, harga, tender terbuka/penjualan terus dan butiran-butiran lain.

    Sehingga 2013,  tiada penjualan aset PKNS dan Subsidiarinya, tetapi pada tahun 2014 terdapat penjualan 5 bangunan PKNS  (Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall, Kompleks PKNS Bangi, Menara PKNS & Wisma Yakin) kepada    PKNS Real Estate Sdn Bhd Anak Syarikat milik penuh 100% PKNS pada Jun 2014 dengan harga jualan berjumlah RM321,000,000.00.  Tujuan penjualan aset-aset tersebut supaya ianya dapat diuruskan secara lebih profesional dan effisien.

Lampiran

Tiada Lampiran.