Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

27) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan PKNS dalan memajukan tanah hak milik PKNS di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor?

    Cadangan pelan konsep pembangunan di Bukit Belimbing, Kuala Selangor adalah seluas 60 ekar. Untuk makluman, tanah di Bukit Belimbing ini terdapat dua bahagian hakmilik tanah yang berasing iaitu Lot 2145 (49.67 ek) dan Lot 937 (10.33 ek).

    Terdapat 3 Alternatif Pembangunan yang disediakan:

    1. Alternatif 1: 746 unit rumah
    2. Alternatif 2: 692 unit rumah
    3. Alternatif 3: 756 unit rumah

     

    Bagi setiap pelan alternatif pembangunan yang disediakan, perancangan ini juga melibatkan pembangunan Rumah Selangorku sejajar dengan kehendak semasa di Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.