Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

192) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan projek-projek yang sedang dijalankan oleh PKPS mengikut pecahan daerah?

    Senarai projek-projek yang sedang dijalankan oleh PKPS mengikut pecahan daerah adalah seperti berikut:-

    BIL DAERAH PROJEK KELUASAN

    (Hektar)

    1. Petaling a.      Kompleks Pasar Borong Selangor.

    b.      Kompleks Bazaar Rakyat PKPS.

    c.      Kilang Pusat Pemprosesan Dan Pembungkusan

    21.0

    1.2

    0.2

    2. Kuala Langat a.      Tanaman Kelapa Sawit

    b.      Pengeluaran Pasir (Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.)

    101.0

    49.0

    3. Kuala Selangor a.      Tanaman Kelapa Sawit

    b.      Ternakan Ayam Daging

    c.      Pengeluaran Tanah Liat (Ball Clay)

    d.      Ladang Buah-buahan

    e.      Pengeluaran Pasir (Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

    243.0

    13.0

    342.0

    607.0

    41.0

    4. Hulu Selangor a.      Tanaman Kelapa Sawit

    b.      Ternakan Ikan Air Tawar

    565.0

    128.0

    5. Sabak Bernam a.      Penternakan Lembu Tenusu & Ayam

    b.      Tanaman Kelapa Sawit

    63.0

    2,127.0

Lampiran

Tiada Lampiran.