PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)
37) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan projek-projek yang sedang dijalankan oleh pihak PKPS bagi memajukan sektor pertanian di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ? Sila berikan butir-butir
Projek-projek yang sedang dijalankan oleh PKPS merangkumi aktiviti perladangan, penternakan, perikanan dan pengilangan. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:
Bil Projek Mula Operasi Aktiviti 1.
Ladang Kelapa Sawit
i. Ladang Sungai Panjang,
Daerah Sabak Bernam
ii. Ladang Jelutong Jati,
Daerah Sabak Bernam
iii. Ladang Kerling, Daerah
Hulu Selangor
iv. Ladang Editas, Daerah Gua
Musang
v. Ladang Irat, Daerah
Kinabatangan, Lahad Datu
vi. Ladang Jagoharmoni,
Daerah Kinabatangan,
Lahad Datu
1995
1997
2008
2003
2001
2001
Pengeluaran buah kelapa sawit
2.
PKPS Bukit Tinggi Fish Farm
Sdn. Bhd., Daerah Gombak
2002
Pengeluaran benih ikan air tawar khususnya ikan keli dan tilapia.
3.
PKPS Farm Mart Sdn. Bhd.,
Daerah Gombak
2000
Penternakan ikan tilapia untuk pasaran tempatan dan Singapura.
4.
PKPS Agro Industries Sdn. Bhd.
– Kompleks Pasar Borong Selangor, Daerah Petaling
1999
a) Penyewaan lot peniagaan ikan, daging, sayur dan buah-buahan kepada orang ramai.
b) Jumlah lot perniagaan di Pasar Borong Selangor ialah 310 lot.
Bil Projek Mula Operasi Aktiviti 5.
Projek Lembu Integrasi, Daerah
Sabak Bernam
2000
a) Penternakan lembu pedaging secara integrasi di dalam ladang kelapa sawit bagi mengurangkan kos makanan ternakan dan penyelenggaraan ladang. Jumlah lembu pedaging ialah 450 ekor.
b) Penjualan lembu-lembu pedaging kepada pasaran tempatan.
c) Bekerjasama dengan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam perlaksanaan projek lembu pawah.
6.
POLENS (M) Sdn. Bhd., Daerah
Petaling
– Kilang memproses dan membungkus produk herba
1994
a) Pemprosesan dan pembungkusan makanan kesihatan berasaskan herba dan madu.
b) Merangkumi pengeluaran produk jenama sendiri,
pembungkusan kontrak dan “trading”.
7.
SOPIC Sdn. Bhd., Daerah
Gombak
– Ladang buah-buahan
2002
Pengeluaran buah-buahan tropika yang mempunyai permintaan di pasaran domestik dan antarabangsa.
8.
Projek Tanaman Kontan,
Daerah Kuala Selangor dan
Sepang
– Ubi kayu, nanas dan tebu
2009
Penanaman tanaman kontan untuk membekalkan bahan mentah kepada pengusaha IKS dalam industri makanan ringan.
9.
Pusat Latihan Akuakultur
PKPS, Daerah Gombak
2005
Menjalankan aktiviti kursus untuk peserta dalam teknik penternakan ikan air tawar.
Bil Projek Mula Operasi Aktiviti 10.
Projek Ternakan Ayam Daging,
Daerah Sabak Bernam
2010
a) Penternakan ayam daging dengan kerjasama Syarikat Chareon Pokphand iaitu syarikat kedua terbesar di dunia dalam industri penternakan ayam.
b) Kapasiti pengeluaran ialah 672,000 ekor setahun (96,000 ekor setiap pusingan x 7 pusingan setahun).
11.
Projek Lembu Tenusu, Daerah
Sabak Bernam
2010
Penternakan 116 ekor lembu tenusu bagi membekalkan susu segar ke pasaran tempatan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
