Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

6) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. PKPS ditubuhkan untuk memajukan industri pertanian di negeri Selangor bagi manfaat rakyat. Nyatakan program atau projek PKPS untuk manfaat langsung rakyat Selangor?

    Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) ditubuhkan pada 2 Januari 1972 di bawah Enakmen No. 12 Tahun 1972 dan mula beroperasi pada 1 Mac 1973. PKPS telah diberi peranan untuk memajukan industri pertanian bagi membantu mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi Negeri Selangor. Pelaksanaan projek dibuat secara langsung dan melalui anak-anak syarikat.

    Projek-projek PKPS yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Negeri Selangor adalah seperti berikut.

    Bil Projek Mula

    Operasi

    Aktiviti
    i. PKPS Agro Industries Sdn. Bhd.

    –       Kompleks       Pasar      Borong

    Selangor, Seri Kembangan

    1999 a) Penyewaan lot perniagaan ikan, daging, sayur dan buah-buahan kepada orang ramai.
          b) Jumlah lot perniagaan di Pasar Borong Selangor ialah 310 lot.
          c) Kajian yang dijalankan oleh pihak UKM pada tahun 2008 menunjukkan pendapatan peniaga di pasar tersebut adalah antara RM3,000 ke RM600,000 sebulan.
    ii. Pusat Latihan Akuakultur PKPS, Bestari Jaya, Rawang. 2005 a) Menjalankan aktiviti kursus untuk peserta dalam teknik penternakan ikan air tawar.
          b) Beberapa peserta telah pun memulakan projek mereka sendiri setelah tamat kursus.
          c) Purata jumlah peserta yang dilatih setiap bulan ialah 25 orang @ 300 orang/tahun.

     

    iii. POLENS (M) Sdn. Bhd.

    Seksyen 23, Shah Alam.

    1994 a)    Pemprosesan dan pembungkusan makanan kesihatan berasaskan herba dan madu.

    b)    Merangkumi aktiviti pengeluaran produk jenama sendiri, pembungkusan kontrak dan ‘trading’.

    c)    Sejak ditubuhkan telah membantu seramai tidak kurang daripada 300 usahawan dalam membungkuskan produk-produk keluaran mereka. Pembungkusan adalah dalam bentuk kapsul, tablet dan sachet. Sebagai contoh syarikat Sendayu Tinggi dan Naqia Corporation yang telah di bantu oleh POLENS dan kini menjadi usahawan jutawan.

    iv. Projek Tanaman Kontan (Ubi Kayu) 2010 Sebagai permulaan PKPS telah membuka sebidang tanah seluas 110 ekar di Sg. Belankan, Sepang dengan tanaman ubi kayu untuk disalurkan kepada IKS tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.