Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

210) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah prestasi PKPS di bawah pengurusan baru?

    PKPS  telah  mencatatkan  keuntungan  operasi  tahun  ini  sehingga  Februari  2010  sebanyak RM0.194 juta. Walaubagaimanapun, setelah mengambil kira bayaran faedah atas pinjaman terdahulu, kerugian PKPS adalah sebanyak RM0.293 juta. Secara keseluruhan Kumpulan PKPS telah mencatatkan keuntungan tahun  ini  sehingga Februari 2010 sebanyak RM0.140 juta seperti berikut:

     

     

     

     

    NAMA SYARIKAT EKUITI PKPS (%) KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) TERKUMPUL BAGI TAHUN 2010 (RM’JUTA)
    PKPS   0.194
    SOPIC S/B 100% (0.232)
    POLENS (M) S/B 100% 0.031
    PKPS Agro Industries S/B 100% 0.411
    PKPS Farm Mart S/B 40% (ambilalih 100% pada 10/2009) 0.198
    PKPS Bukit Tinggi Fishfarm S/B 86% 0.025
    Jumlah   0.627
    (-) Bayaran faedah bank atas pinjaman terdahulu 0.487
    Jumlah Keuntungan/(Kerugian)   0.140

     

     

    Langkah-langkah yang telah diambil bagi meningkatkan prestasi PKPS adalah seperti berikut:

    TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN :

     

    BIL PERKARA TINDAKAN
    1. Tenaga Kerja ·           Kakitangan diberi multi tasking dan bukan lagi kerja hakiki sahaja.

    ·           Pegawai-pegawai berlebihan di WISMA dipindahkan ke tapak projek untuk menguruskan projek secara langsung (12 orang).

    ·           Tindakan disiplin (buang kerja) 4 orang.

    2. Ruang Pejabat ·           Ibu pejabat di WISMA dikurangkan daripada 4 tingkat kepada 2 tingkat sahaja.

    ·           Ruang-ruang kosong pejabat yang ada disewakan kepada pihak luar dan menjanakan pendapatan RM1,810,524/tahun.

    3. Pejabat Bahagian Perladangan Pejabat dipindahkan dari WISMA ke ladang.
    4. Penjimatan Penyelenggaraan WISMA Penjimatan sebenar yang telah dicapai dalam tahun 2009 adalah seperti berikut:
      PERKARA RM/TAHUN  
    Sewaan ruang WISMA – Tingkat 6, 7 & 8 872,400
    Penjimatan penyelenggaraan WISMA 696,000
    Penjimatan letrik 85,284
    Penjimatan telefon 61,200
    Penjimatan internet 42,900
    Penjimatan fotokopi 26,354
    JUMLAH 1,784,138
    BIL PERKARA TINDAKAN

     

     

    5. Penutupan Operasi Syarikat Bagi Tahun 2009 Anak syarikat berikut telah ditutup operasi kerana mengalami kerugian berpanjangan dan tiada harapan dipulihkan.
      SYARIKAT (KERUGIAN) TERKUMPUL

    @ 31/12/08 (RM)

    HUTANG @ 31/12/08

    (RM)

     
    PKPS

    Landscaping Services S/B

    (3,053,473) 2,945,793  
    MAIS Food Industries S/B (2,345,763) 4,909,203  
    6. Pengecilan Operasi Syarikat Anak syarikat (SOPIC S/B) yang masih mempunyai aktiviti perniagaan yang  boleh diperbaiki telah dikecilkan operasi dan pengurusan lama telah digantikan serta Ibu Pejabat dipindahkan dari WISMA ke ladang.
    7. Penggulungan Syarikat Usahasama PKPS telah memulakan penggulungan syarikat-syarikat sekutu yang tidak menguntungkan PKPS (Megafores Nursery S/B dan United Falcon S/B)
    8. Pengambilalihan Ekuiti Syarikat Usahasama PKPS telah mengambilalih ekuiti PKPS Farm Mart S/B (dari 40% kepada 100%) pada bulan Oktober 2009. Syarikat ini telah mengalami kerugian setiap tahun (2000 – 2008). Pada tahun 2010, syarikat ini telah mencatatkan keuntungan.
    9. Pembatalan perjanjian pajakan tanah PKPS telah memajak beberapa keping tanah kepada syarikat-syarikat luar dengan pajakan murah. PKPS telah meneliti semua perjanjian dengan tujuan untuk membatalkan pajakan dan mengambilalih tanah-tanah berkenaan. Perjanjian dengan 5 syarikat telah dibatalkan (Insan Makmur Sdn. Bhd., Maju Global Trading Sdn. Bhd., Serasi Murni Sdn. Bhd., MRZ Base sdn. Bhd. dan Metro Country Sdn. Bhd.).
    BIL PERKARA TINDAKAN
    10. Melaksanakan tanaman buah-buahan, nanas, tebu dan ubi kayu. Dengan tujuan membantu IKS, tanah-tanah kosong PKPS telah dibangunkan dengan tanaman nanas (50 ekar), ubi kayu (110 ekar) dan tebu (32 ekar)

     

     

     

     

    PERANCANGAN DAN STRATEGI :

     

    BIL PERANCANGAN STRATEGI
    1. Meningkatkan operasi pembenihan ikan air tawar dan pengeluaran ikan tilapia merah. Dimaklumkan bahawa projek PKPS dalam pembenihan ikan keli dan ternakan ikan tilapia merah dalam tanki simen adalah yang terbesar dalam Malaysia.
    2. Projek penanaman getah balak Mengusahakan tanah Hutan Simpan Rantau Panjang dengan tanaman pokok getah balak seluas 300 hektar di bawah Program Penghutanan Semula PKPS. Benih adalah dari RRIM.

Lampiran

Tiada Lampiran.