Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

74) PERBADANAN PERPUSTAKAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang dijalankan bagi memajukan perpustakaan di Negeri Selangor?

    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah menjangkau usia 38 tahun. PPAS
    telah banyak menyumbang jasa kepada rakyat negeri Selangor di dalam menyediakan
    serta menyalurkan ilmu kepada masyarakat khususnya kepada rakyat negeri Selangor.
    Pada tahun 2009, PPAS telah mencipta sejarah baru di mana PPAS telah menjalani
    proses ‘Rebranding’ (penjanamaan semula) dan program ini mendapat sokongan yang
    penuh dari kerajaan Negeri Selangor.
    Rebranding (pilot project) : Perpustakaan –perpustakaan dipilih
    Sebanyak 14 buah perpustakaan telah dipilih sebagai ‘pilot project’ bagi program
    rebranding ini dan lawatan telah dilakukan ke perpustakaan–perpustakaan berkenaan.
    Senarai perpustakaan tersebut adalah seperti di bawah:-
    1) Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam – Ibu Pejabat
    2) Perpustakaan Daerah Klang -Zon 1
    3) Perpustakaan Daerah Banting – Zon 1
    4) Perpustakaan Cawangan Pelabuhan Klang – Zon 1
    5) Perpustakaan Pekan Dataran Sabak Bernam – Zon 1
    6) Perpustakaan Desa Ijok – Zon 1
    7) Perpustakaan Desa Pulau Indah – Zon 1
    8) Perpustakaan Daerah Bandar Baru Bangi – Zon 2
    9) Perpustakaan Daerah Kuala Kubu Baru – Zon 2
    10) Perpustakaan Cawangan Rawang – Zon 2
    11) Perpustakaan Pekan Hulu Bernam – Zon 2
    12) Perpustakaan Pekan Sg Pelek – Zon 2
    13) Perpustakaan Desa Pandan Jaya – Zon 2
    14) Perpustakaan Waterfront , Ampang – Zon 2

    Pelaksanaan ‘rebranding’ ke semua pusat-pusat perkhidmatan di seluruh Negeri
    Selangor akan dijalankan secara berperingkat.
    Pelancaran Logo baru PPAS
    Pada tanggal 22 Februari (Ahad) Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
    telah melakar sejarah baru iaitu di mana logo baru PPAS telah dilancarkan dengan
    rasminya. Pelancaran logo telah dirasmikan oleh Y.B Dr. Hjh. Halimah Binti Ali, Exco
    Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Merangkap Pengerusi
    Lembaga Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor semasa program
    Team Building PPAS.
    Berikut perkara-perkara yang diambil perhatian yang serius semasa pelaksanaan
    rebranding di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor:-
    1) Penyelenggaraan bangunan dan sekitar kawasan perpustakaan
    2) Penyediaan prasarana seperti kafeteria, surau, tandas, bidai (blind) , PA sistem,
    kerusi/ meja, rak buku, hiasan bahagian kanak-kanak
    3) Lantai: seragam untuk semua perpustakaan
    4) Signage yang seragam
    5) Cat bangunan : seragam
    6) Tempat buang sampah yang teratur.
    7) Kemudahan pengangkutan awam
    8) Promosi dan pemasaran perkhidmatan
    9) Penghawa dingin
    10) Penambahbaikan koleksi
    Penyediaan Kafeteria yang selesa
    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah memulakan langkah
    membangunkan kafeteria di perkarangan ruang lobi Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah
    Alam. Ianya adalah bertujuan menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada
    kakitangan dan pelanggan ke Perpustakaan khususnya sesuai dengan tag line PPAS
    iaitu PPAS rumah kedua ku. Kakitangan dan pelanggan mudah mendapatkan makanan
    dan ianya sangat dipersetujui dari kalangan ibu bapa kerana ianya menjamin
    keselamatan anak-anak mereka yang tidak perlu ke tempat yang jauh untuk
    mendapatkan makanan.
    Penyediaan WIFI percuma
    Selaras dengan rebranding ini Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah
    menyediakan perkhidmatan WIFI secara percuma kepada pelanggannya dan mendapat
    sambutan yang sangat menggalakkan dari kalangan masyarakat.
    Ubahsuai keceriaan luaran dan dalaman perpustakaan
    Seksyen Perkhidmatan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam telah mengalami
    banyak perubahan dari segi hiasan keceriaan luaran dan dalaman perpustakaan. Tiangtiang dan dinding bahagian hadapan perpustakaan telah dicat dengan warna-warna
    ceria. Pintu masuk utama ditukar kepada suasana yang mengalu-alukan kedatangan
    pelanggan, ruang pameran buku baru yang lebih menarik, dinding-dinding dihiasi
    dengan mural dan poster-poster menampilkan kata-kata perangsang dan gambargambar yang memperlihatkan membaca itu adalah suatu perkara yang sangat penting
    dan menarik dan ditambah dengan kehadiran sofa yang begitu menarik dan selesa
    untuk pelanggan perpustakaan membaca sambil bersantai. Bahagian kanak-kanak telah
    dipisahkan dengan memasang pintu kaca yang ditampal dengan poster yang cantik.
    Permaidani di tingkat bawah (GF) juga telah ditukar kepada corak yang lebih menarik
    dan ceria.
    Pelancaran rebranding PPAS
    Pelancaran rebranding Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah
    dilaksanakan dengan jayanya pada 26 Mei 2009 (Selasa) dan telah disempurnakan oleh
    YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor bertempat di
    perkarangan bangunan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Seramai 300 orang
    jemputan telah menghadiri majlis pelancaran tersebut.
    Pelancaran maskot baru PPAS
    Pada 25 Julai 2009 (Sabtu), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah
    melakar satu lagi sejarah baru apabila telah melancarkan maskot terbarunya yang diberi
    nama ‘Aliff’. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,
    Dato’ Menteri Besar Selangor bersempena dengan Majlis Perasmian Pesta Buku
    Selangor 2009.
    Pemantapan Koleksi Perpustakaan
    Langkah selanjutnya bagi menjayakan proses rebranding adalah memantapkan koleksi
    bahan bacaan perpustakaan. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
    sedang berusaha dengan gigih bagi menambahkan bahan bacaan seiring dengan apa
    yang diperlukan oleh masyarakat pada masa kini. Bahan bacaan adalah merupakan
    satu daya penarik yang sangat kuat kepada masyarakat untuk berkunjung dan
    memanfaatkan perpustakaan hingga ke tahap maksima. Ianya menjadi pelengkap bagi
    perpustakaan untuk sentiasa dikunjungi oleh pelanggannya tanpa henti. Bukan sahaja
    hanya bangunan dan kemudahan infrastruktur perlu kondusif tetapi kandungannya
    (content) juga perlu sentiasa menepati kehendak dan keperluan masyarakat. Jika
    elemen-elemen ini dapat dibangunkan maka PPAS akan berjaya di dalam misi
    utamanya iaitu membantu kerajaan menurunkan kadar jenayah.
    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sedang gigih bagi meneruskan ‘rebranding’
    ke Perpustakaan-perpustakaan cawangannya di seluruh negeri Selangor. Ianya tidak
    mungkin dapat dilakukan dalam sekelip mata tetapi ianya perlu diteruskan bagi
    memastikan semua perpustakaan awam di Negeri Selangor mampu menarik lebih ramai
    pengunjungnya terutamanya untapped market dengan perubahan-perubahan kemajuan
    yang telah dan akan dilakukan.
    Perbelanjaan Penjenamaan Semula PPAS ( Rebranding of PPAS)
    1. Membina Kafeteria dan Mengubahsuai
    Reka bentuk dalaman
    RM 145,000.00
    2. Pembentukan Imej Baru PPAS RM 54,500.00
    JUMLAH RM 199,500.00

Lampiran

Tiada Lampiran.