Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

99) PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan dan bidang kuasa Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?

    Peranan dan bidang kuasa Perbadanan Setiausaha Kerajaan Selangor (PSKS) adalah seperti berikut :-

     

    • PSKS adalah sebagai pemegang harta tetap dan harta semasa bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor.
    • PSKS bertanggungjawab di dalam pelaksanaan projek-projek Perumahan Kos Rendah Fasa I, projek-projek di bawah Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) Fasa II serta projek pembangunan campuran Fasa III dibantu oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai Agen Pelaksana.
    • PSKS bertindak sebagai penjana dan pengimbang perolehan serta perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor (Backup of Financial).
    • Menguruskan aset dan pelaburan semasa PSKS bagi memastikan pulangan yang lebih kukuh dan stabil serta terjamin.
    • Bidang tugas PSKS pada ketika ini adalah seperti berikut :-

     

    PROJEK PERUMAHAN PSKS FASA I

     

    Menguruskan fail-fail pembeli rumah PSKS Fasa I sebanyak 5305 fail yang melibatkan 21 projek di seluruh negeri Selangor.

     

    Mengesan fail-fail bermasalah yang timbul dari segi pinjaman yang belum dikeluarkan.

     

    Mengutip baki tertunggak daripada pembeli bagi pembelian Rumah Kos Rendah di bawah seliaan PSKS.

     

    Menyelesaikan masalah tanah-tanah yang belum di pecah milik.

     

     

    PROJEK-PROJEK PSKS FASA II

     

    Menyelia dan memantau kemajuan kerja untuk Projek Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) serta lain-lain pembangunan bercampur yang diuruskan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) selaku Pengurus Projek bagi pihak PSKS.

     

    Menyelia dan memantau pengurusan tanah-tanah pertanian dan lombong bagi memastikan bayaran sewa dan bayaran pajakan bulanan dibuat.

     

    Menguruskan permohonan pindah milik aset-aset di bawah projek Fasa II.

     

    PROJEK-PROJEK PSKS FASA III

     

    Menguruskan kerja-kerja berkaitan dokumentasi yang melibatkan permohonan dan kelulusan daripada pihak kerajaan.

     

    Menyelaras kemajuan kerja ke atas projek di bawah projek Fasa III.

     

    PENGURUSAN ASET-ASET PSKS

     

    Mengurus dan menyelenggarakan aset-aset PSKS seperti Bangunan Pejabat, Rumah Kedai, Rumah, Pangsapuri dan ‘Council Home’ yang diperoleh daripada Kerajaan Negeri atau melalui pembiayaan sendiri.

     

    Menguruskan penyewaan dan penjualan aset-aset PSKS.

     

    Membuat permohonan tanah-tanah baru yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan pembangunan pada masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.