Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

136) PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keuntungan kepada masyarakat tempatan di Kuala Selangor dengan cadangan menaikkan taraf Kuala Selangor kepada "city" status?

    Keuntungan kepada masyarakat tempatan di Kuala Selangor dengan cadangan menaikkan taraf Kuala Selangor kepada “city” status adalah seperti berikut:-

     

    1. Meningkatkan tahap perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk dengan lebih baik.
    2. Peruntukan untuk pembangunan dan penyelenggaraan infra meningkat.
    • Meningkatkan ekonomi melalui penambahan keluasan pembangunan dalam daerah.
    1. Mendapat lebih ramai pelabur untuk merancakkan ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan
    2. Menjadikan Kuala Selangor lebih berdaya saing dengan menawarkan kualiti kehidupan yang lebih tinggi.
    3. Mendapat lebih ramai pelancong yang datang untuk menikmati keindahan dan keceriaan di samping warisan sejarah yang dipelihara
    • Rakyat dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa dan maju di bandar yang pintar dan lestari.

Lampiran

Tiada Lampiran.