Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

80) PERBANDARAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berikutan proses perbandaran yang turut memberi kesan kepada budaya dan identiti kampung tradisi, adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memelihara nilai-nilai tradisi ini sebagai warisan yang bukan sahaja wajar diturunkan kepada generasi akan datang, tetapi juga penting dalam membangunkan sektor pelancongan negeri?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui JPBD Negeri Selangor telah mengambilkira dan mempunyai perancangan untuk memelihara identiti serta nilai-nilai tradisi bagi kampung tradisi di dalam penyediaan Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor

    Dasar Mapan (MP9) di dalam Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 telah menyatakan bahawa

    Petempatan desa perlu dirancang dan dibangunkan secara bersepadu dengan pembangunan bandar.

     

    Sebanyak 7 inisiatif pelaksanaan telah dikenalpasti untuk mencapai dasar ini. Antaranya, termasuklah pengenalpastian perkampungan yang perlu dikekalkan sebagai perkampungan tradisi/petempatan desa di bawah Inisiatif Pelaksanaan P1.

     

    Manakala Inisiatif Pelaksanaan P5 pula menyentuh secara jelas berhubung pengekalan ciri-ciri unik kampung tradisi;

     

    Menggalakkan perkampungan tradisi mengekalkan dan mengukuhkan ciri-ciri keunikan semulajadi petempatan desa sebagai meningkatkan imej dan identiti desa.

     

    Inisiatif-inisiatif ini akan dilaksanakan dan dipantau oleh Pejabat-pejabat Tanah Daerah serta dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

     

    Selain itu, tapak-tapak warisan yang perlu dipelihara dan dipulihara juga telah dikenalpasti di peringkat rancangan tempatan daerah mengikut PBT. Sebagai

     

    contoh, Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang 2020 telah mengenalpasti sebanyak sepuluh (10) Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) seperti berikut:-

     

    1. PPD Kg. Sungai Serai
    2. PPD Kg. Sungai Tekali
    3. PPD Kg. Jawa, Batu 18
    4. PPD Kg. Lubuk Kelubi
    5. PPD Kg. Kuala Perdik
    6. PPD Kg. Batu 20, Sungai Lui
    7. PPD Kg. Batu 21, Sungai Lui
    8. PPD Kg. Pasir Baru
    9. PPD Kg. Sungai Purun
    10. PPD Kg. Sesapan Kelubi
    11. PPD Kg. Rinching Hilir

     

    Kampung-kampung ini telah dikenalpasti mempunyai potensi pelancongan sumber semulajadi dan pelancongan inap desa seperti PPD Kg. Lubuk Kelubi, PPD Kg. Jawa dan PPD Kg. Sungai Tekali yang diperkukuhkan dengan aktiviti kem latihan dan motivasi.

    Bagi memastikan kerajaan lebih peduli kepada rakyat termasuklah di kawasan luar bandar, Kerajaan Negeri telah mengarahkan JPBD Negeri Selangor untuk menyediakan Kajian Fizikal Desa Negeri Selangor di mana telah diperuntukkan sebanyak RM1 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11)

Lampiran

Tiada Lampiran.