Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

36) PERBANYAKKAN PUSAT DIALISIS DI KAWASAN SABAK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah perancangan Kerajaan bagi menambah pusat dialisis khususnya di Sabak Bernam berikutan penambahan mendadak pesakit yang memerlukan rawatan?

    Pada masa ini, terdapat 4 buah pusat rawatan dialisis yang terdapat di daerah Sabak Bernam iaitu seperti senarai berikut:

    1. PUSAT DIALISIS DAVITA SABAK BERNAM, PT 1277, Taman Feri, Jalan Feri, 41200 Sabak Bernam
    2. PUSAT DIALISIS DAVITA SUNGAI BESAR, No.4&5, Jalan Gemilang 1, Taman Gemilang, 45300 Sungai Besar
    3. PUSAT DIALISIS MAIS, No 17 & 19, Jalan Perwira 2, Taman Perwira,45300 Sungai Besar
    4. PUSAT DIALISIS DAVITA SABAK BERNAM, No.9 & 11, Jalan Menteri, 45200 Sabak Bernam

     

    Bagi menampung keperluan pesakit dialisis yang terdapat di daerah Sabak Bernam, Kerajaan Negeri juga membenarkan pesakit memilih pusat rawatan yang berhampiran dengan kediaman bagi memudahkan urusan rawatan termasuklah pusat rawatan dialisis yang berada di daerah serta negeri yang bersempadanan seperti daerah Kuala Selangor dan negeri Perak. Untuk makluman YB, Kerajaan Negeri tidak mempunyai pusat dialisis. Pusat dialisis kerajaan adalah yang terdapat di hospital-hospital kerajaan. Semua pusat dialisis perlulah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Sebaagi sebuah Kerajaan prihatin, Kerajaan Negeri memberi bantuan bagi menampung kos rawatan dialisis di bawah program Bantuan Sihat Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.