Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

279) PERBELANJAAN DAN BAJET UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DUN TERATAI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan bajet 2015 untuk pembangunan usahawan orang muda dan ibu tunggal, terutamanya di DUN Teratai?

    Berpandukan kepada perancangan dan permohonan awal yang telah dibentangkan di dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES), seperti biasa, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan peruntukan pembangunan bagi pembangunan usahawan tahun 2015. Walau bagaimanapun, peruntukan tersebut tidak diagihkan mengikut DUN sebaliknya diagihkan mengikut jabatan dan agensi dan kemudiannya akan disalurkan mengikut daerah kerana pegawai pengawal dan pegawai pelaksana adalah mengikut jabatan-jabatan dan agensi- agensi di daerah seperti Pejabat Daerah/Tanah, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, Pejabat Pertanian Daerah dan Pejabat Perikanan Daerah. Y.B ADUN bolehlah bekerjasama dengan jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi pelaksana di peringkat daerah untuk merancang dan mencadangkan bantuan-bantuan dan program-program keusahawanan yang sesuai bagi DUN

     

    Peruntukan yang disediakan juga adalah terbuka kepada semua termasuk usahawan muda dan ibu tunggal. Had kelayakan sesuatu permohonan bantuan usahawan dikira mengikut kategori Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana.

Lampiran

Tiada Lampiran.