Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

116) PERBELANJAAN DAN PENGURUSAN MES

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan senarai semua perbelanjaan setiap Skim MES setakat Oktober 2014.

    Jumlah pemanfaat dan perbelanjaan bagi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) setakat 31 Oktober 2014 yang dilaporkan adalah berjumlah 9,274,608 orang penerima dengan perbelanjaan sebanyak RM1,244,695,274.11. Bagi Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Hadiah Anak Masuk Universiti, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM15,222,500 dan RM45,466,950. Manakala sebanyak RM135,026,500 dan RM8,215,495 pula telah dibelanjakan di bawah Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja

     

    Untuk kedua-dua Skim Mikrokredit, iaitu Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), perbelanjaan setakat 31 Oktober 2014 adalah sebanyak RM88,876,586 dan RM21,959,187. Bagi Skim Kesihatan Wanita (MammoSel) sejumlah RM1,807,580 telah dibelanjakan dan sejumlah RM10,907,300 pula dibelanjakan di bawah Program Jom Shopping. Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar) dan Skim Bantuan Tadika (TUNAS) pula masing-masing telah membelanjakan sebanyak RM943,900 dan RM4,509,127. Manakala di bawah Insentif Perkahwinan Belia dan Pusat Tuisyen Rakyat sebanyak RM1,375,000 dan RM15,475,145 telah dibelanjakan. Perbelanjaan paling tinggi di bawah Program MES adalah bagi Program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama, iaitu sejumlah RM892,306,779.48 telah dibelanjakan untuk seluruh rakyat Selangor.

     

    Ringkasan bagi statistik penerima faedah dan perbelanjaan setakat 31 Oktober 2014 bagi setiap skim MES yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui agensi yang dilantik adalah seperti di Lampiran A.

     

    LAMPIRAN A

     

    Program MES

    Statistik Penerima Faedah dan Perbelanjaan Setakat 31 Oktober 2014

     

    STATUS TERKINI PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) SEHINGGA 31 OKTOBER 2014
     

    BIL.

     

    PROGRAM

     

    AGENSI

    JUMLAH KESELURUHAN
    PENERIMA FAEDAH

    (ORANG)

    PERBELANJAAN

    (RM)

    1 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) 152,225 15,222,500
    2 Hadiah Anak Masuk Universiti Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 44,831 45,466,950
    3 Skim Mesra Usia Emas Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 54,982 135,026,500
    4 Tabung Pendidikan Anak‐Anak Pekerja Ladang Seksyen Sektoral, UPEN 13,093 8,215,495
    5 Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama Kerajaan Negeri Selangor 8,814,947 892,306,779.48
    6 Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor 10,827 88,876,586
    7 Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA) Pejabat YB Puan Rodziah binti Ismail 649 2,603,224.63
    8 Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 18,742 1,807,580
    9 Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor 10,770 21,959,187
    10 Insentif Perkahwinan Belia Seksyen Sektoral, UPEN 6,409 1,375,000
    11 Pusat Tuisyen Rakyat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 25,465 15,475,145.00
    12 Pusat Dialisis Rakyat Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 121
    13 Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 1,237 943,900
    14 Skim Bantuan Tadika (TUNAS) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 11,205 4,509,127
    15 Cuti Bersalin 90 Hari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 30
    16 Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 1
    17 Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 1
    18 Jom Shopping (Warga emas + ibu tunggal) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 109,073 10,907,300
    19 Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) Seksyen Sektoral, UPEN
    ROYALTI YANG DIBAYAR KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR (RM)
     

    20

    Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral  

    Pejabat Tanah dan Galian Selangor

     

    28,491,130.32

    JUMLAH 9,274,608 1,244,695,274.11

     

Lampiran

Tiada Lampiran.