Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

108) PERBELANJAAN FESTIVAL BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU SERANTAU 2017

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah pecahan perbelanjaan mengikut acara bagi penganjuran Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau pada Disember 2017 yang lalu?

    Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Nusantara 2017 telah berlangsung selama empat (4) hari iaitu bermula dari 7 hingga 10 Disember 2017. Sepanjang tempoh festival berlangsung, sebanyak dua puluh tujuh (27) acara yang terdiri daripada program seperti panel, syarahan, bacaan puisi, tayangan filem, teater serta persembahan seni & lisan telah dilaksanakan. Acara-acara ini berlangsung secara serentak di enam (6) lokasi di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya.

    Kos keseluruhan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan program dan acara ini adalah sebanyak RM1.5 juta menggunakan peruntukan di bawah Jawatankuasa Tetap Kebudayaan. Kos keseluruhan ini termasuklah kos seperti produksi, pengurusan, pengangkutan & penginapan, persembahan, sewaan ruang & lokasi, promosi & pemasaran, percetakan, penerbitan dan sebagainya. Pecahan kos adalah seperti berikut:

     

    Bil. Perkara Jumlah

    (RM)

    1. Produksi 159,820.00
    2. Pengurusan 227,500.00
    3. Promosi & Pemasaran 168,500.00
    4. Pengangkutan & Penginapan 125,140.00
    5. Persembahan 59,500.00
    6. Perbelanjaan Runcit 117,240.00
    7. Ruang & Lokasi 24,929.94
    8. Teknikal & Makanan 89,928.00
    9. Wang Awasan 70,000.00
    10. Penerbitan (Buku) 36,000.00
    11. Percetakan (Buku) 212,000.00
    12. Pelancaran Antarabangsa 272,000.00
    Jumlah Keseluruhan 1,562,557.94

Lampiran

Tiada Lampiran.