PERBELANJAAN KESIHATAN DAN PUSAT DIALISIS RAKYAT
28) PERBELANJAAN KESIHATAN DAN PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah perbelanjaan Kerajaan Negeri telah digunakan untuk aspek Kesihatan setakat Oktober 2014?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan telah membelanjakan hampir 90% daripada jumlah peruntukan yang diperuntukkan iaitu RM800,000.00 bagi tahun 2014 dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program pembangunan kesihatan di Negeri Selangor. Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM722,483.85.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 69% daripada peruntukan ini disalurkan kepada Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor manakala selebihnya digunakan bagi tujuan kempen dan mempromosi gaya hidup sihat di Negeri Selangor.
